Bahan-bahan bantu mengajar
Alat Bantu Mengajar.
Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran.
Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian.Menurut teori
Konstruktivisme pula pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Ini menunjukkan bahawa
perlunya ada objek atau bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan untuk menyokong sesi pembelajaran.
Comments
Post a Comment